THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.:Kelebihan Mempelajari Al-Quran:.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

Ahad, 26 Disember 2010

.: SeDaRkaH KiTa !!! :.


Assalamu'alaikum dan salam ziarah kepada anda... Hari ni terdetik untuk bertanyakan kepada kalian bahawa adakah kita tahu bacaan al-Quran yang kita selalu baca tu adalah cara bacaan daripada riwayat siapa dan siapakah imamnya? Ayuh, kita baca "entry" dalam blog ini ya...


Baiklah, bagi sesiapa yang sudah belajar mengenai ilmu Qiraat barangkali sudah mengetahui nama-nama imam dan perawinya masing...Bagi yang tidak mengetahuinya, imam Qiraat ni ada sepuluh(10), yang mana terbahagi pula dari 10 itu kepada dua perawinya yang masyhur. Sebelum tu kita tahu dulu apa-apa yang dimaksudkan dengan ilmu Qiraat.

Ilmu Qiraat adalah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Semenjak penurunan wahyu Allah, yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan Qiraat hingga kini, ilmu Qiraat sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulama’ yang silih berganti. Hukum mempelajari ilmu Qiraat adalah fardu kifayah.

Secara ringkasnya Qiraat ini juga adalah kaedah atau cara bacaan al-Quran. Bagi mengenali imam-imam dan perawinya secara ringkas adalah seperti berikut:


Bil

Nama Imam

Perawi 1

Perawi 2

1.

Nafi’ al-Madani

Qalun

Warsy

2.

Ibn Kathir al-Makki

Bazzi

Qunbul

3.

Abu Amru al-Basri

Al-Duri

Al-Susi

4.

Ibn Amir al-Syami

Hisyam

Ibn Zakwan

5.

Asim al-Kufi

Syu’bah

Hafs

6.

Hamzah al-Kufi

Khalaf

Khallad

7.

Al-Kisa’i al-Kufi

Abu al-Harith

Al-Duri

8.

Abu Ja’far al-Madani

Ibn Wardan

Ibn Jammaz

9.

Ya’kub al-Basri

Rauh

Ruwais

10.

Khalaf al-Kufi

Ishak

Idris


Ermm...Kembali kepada tajuk "entry" ini kita nak tahu bacaan al-Quran kita di Malaysia ini mengikut bacaan siapa? Jawapannya kita mengikut bacaan daripada Riwayat Imam Hafs yang merupakan salah seorang daripada dua perawi qiraat Imam 'Asim al-Kufi. Kita kenal sikit mengenai imam Hafs ni ya... Beliau merupakan seorang imam yang alim, warak serta berilmu dan begitu teliti dalam mempelajari ilmu bacaan al-Quran ini. Beliau juga merupakan seorang ilmuan qiraat yang sangat hebat dan masyhur pada zamannya. Ramai dari kalangan ulama dan qurra' yang telah mempelajari ilmu qiraat daripada beliau. Antara yang terkenal ialah Ubaid bin al-Sabah, Amru bin al-Sabah, al-Fadhil bin Yahya al-Anbari, dan lain-lain lagi.

Konklusi secara ringkasnya, masyarakat Islam di Malaysia dan kebanyakan masyarakat Islam di dunia ini membaca al-Quran mengikut riwayat imam Hafs.

-Ringkasan daripada hasil bacaan beberapa buku tentang manhaj Qiraat dan metodologi bacaan al-Quran- sekian(",)

1 ulasan:

rizaudim berkata...

bukunya ada tak