THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.:Kelebihan Mempelajari Al-Quran:.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

Selasa, 4 Januari 2011

.: MuhaSaBah :.


Salam ziarah muslimin muslimat sekalian, maaf lah blog ni kekadang jarang di"update".
al-maklumlah, semester baru pengajian saya sudah pun bermula 3 Januari yang lalu. Agak sibuk dengan pendaftaran subjek...
Tapi "entry" pada blog buat hari ini, saya nak berkongsi pembacaan saya daripada nota facebook Abu Hanifah... Buat pengetahuan pembaca beliau banyak memberi nota-nota di"post" "facebook"nya yang dirasakan bermanfaat yang boleh dijadikan muhasabah dalam diri kita semua... Sebahagian dari notanya adalah seperti berikut :


Muhasabah: Hebat, Cinta, Taqwa

Hebatnya penangan CINTA yang sebenar-benar cinta, iaitu kepada ALLAH, Tuhan seru sekalian alam. Dengan mahabbatillah (cinta kepada Allah), kita akan menjadi hebat. Mungkin tidak di mata sesetengah manusia, namun hebat di pandangan Dia, dan untuk menjadi hebat atau mulia di sisi Allah, hanyalah dengan TAQWA, yang pastinya tidak dapat dipisahkan dengan CINTA kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:





"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."


p/s: Oleh itu cintailah Allah Tuhan kita, dan untuk menjadi hebat semaikan ia dengan ketaqwaan...(",)


drpd note Abu Hanifah yang bertajuk "Menjadi Hebat dengan Cinta". Pembacaan lebih lanjut pergi pada web seperti di bawah :

http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=155104977872643&id=100000538094606