THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.:Kelebihan Mempelajari Al-Quran:.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

Sabtu, 24 November 2012

.:: Bicara Qalbi ::.

Salam perkenalan, salam kasih sayang kerana Allah..


Bicara Qalbi..

apabila hati sudah mula berbicara
fikiran melayang mengikut rasa
minit demi minit berlalu,
jarum jam kian berputar laju
masa semakin pantas berlalu tanpa ku sedari aku masih di situ..
termenung ku sendirian mengenang masa lalu
banyakmya dosa yang menghantui fikiranku
tapi apa yang paling merisaukan adalah masa yang akan datang itu..
kemanakah arah tuju ku?
kemanakah pengakhiran hidupku?
aku berdiam bermain dengan bicara Qalbuku
aku juga manusia biasa yang inginkan kebahagiaan itu
masih kusedari banyaknya lagi tanggungjawabku terhadap ibu ku..

satu ungkapan yang bermain di benak fikiranku
adakah perlu ku mencari iman atau imam dalam hidupku
impian setiap wanita sudah pasti ingin menjadi insan solehah
tapi solehah nya itu adakalanya tidak kan kekal lama
kerna hidup di dunia ini adalah ujian semata
ingatlah yang putih itu tak kan selalunya putih
dan yang hitam itu tak kan selamanya hitam..
ku pasak kan dalam hati inginkan kebaikan hari demi hari
ku dambakan cinta Allah yang satu
aku mahu iman itu yang dapat menempahkan diri ke syurga-Mu
walau ku tahu tidak layak tempat teristimewa itu untuk ku ya Khaliq
dalam memantapkan iman perlukah imam dalam hidupku
tidak pernah ku fikirkan selama ini untuk mencari imam pada masa depanku
antara iman dan imam, manakah yang lebih utama?
adakah kedua-duanya atau adakah salah satunya?
akan ku mohon petunjuk-Mu di dalam sujudku ya Allah
wahai Qalbuku..
jangan kau cemburu dengan rakan-rakanmu yang mengatur walimahnya
tapi cemburulah dikau pada mereka yang syahid di jalan Allah
berjuanglah kita menentang nafsu duniawi
cemburulah pada mereka yang banyak ibadahnya
kerna hidupmu bukanlah lama
jangan dipersia iman yang ada
semoga imam yang kau tunggu entah bila kan kunjung tiba dapat membimbingmu ke jannah-Nya
sayang ku, kasih ku, rinduku hanya kepada Mu Allah..

Ahad, 18 November 2012

.:: Doa untuk Mendapat Jodoh dan Zuriat ::.

Assalamu'alaikum saudara muslimin dan muslimat sekalian...alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia hingga ke tahun baru hijrah 1434H ini.. Rasanya saya masih belum ketiggalan untuk mengucapkan salam ma'al Hijrah kepada semua pembaca.. Hijrah itu mengandungi pengorbanan, perjuangan dan perubahan.. Saya doakan kita semua sentiasa ada sifat-sifat sedemikian.. Jika bukan sekarang kita nak berhijrah (berubah) bila lagi kan. Dunia kini semakin menghampiri kepada pengakhirannya.. Banyak tanda-tanda kiamat telah kita lihat di sana sini.. Sekarang ini peperangan, maksiat, hiburan berleluasa..nau'zubillah..semoga pengakhiran hidup kita dalam "husnul khatimah" insya-Allah...amin.


Baiklah, sebenarnya saya dah lama tak "update" blog ini.. Maklumlah baru je tamat pengajian dan satu lagi masalah saya dah terlupa kata laluan blog ni..hehe, harap tak bersarang la blog ni kan..Namun, Alhamdulillah masih ada lagi rakan-rakan pembaca yang sudi menziarahi laman blog Hamba Allah ini...Jutaan terima kasih..insya-Allah akan saya kemaskini "entry" nya dari masa ke masa apabila ada kelapangan. Ermmm, sebenarnya hari ini saya nak kongsikan satu doa yang diamalkan oleh Nabi Allah Zakaria untuk mendapatkan zuriat..Jauh dari sudut hati kita inginkan pasangan hidup dan memiliki zuriat bukan. Siapa yang tidak cemburu melihat rakan-rakan semua beransur-ansur bernikah dan memiliki zuriat. Tapi apa-apa pun semuanya telah Allah catatkan yang terbaik untuk kita..Kita merancang, Allah jua merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Bagi yang masih solo macam saya niii kita masih boleh berusaha dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan berdoa. Ingat, doa itu senjata orang mukmin (",).. Jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah.. DI bawah ini saya sertakan doanya dan boleh lah diamalkan oleh mereka-mereka yang masih bujang macam saya dan kepada pasangan yang inginkan zuriat.. Semoga Allah perkenankan..insya-Allah (",)

.:: Doa untuk Mendapat Jodoh dan Zuriat ::.


Maksudnya : 

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik".

(Rujuk surah al-Anbiya' ayat 89)