THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.:Kelebihan Mempelajari Al-Quran:.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

Rabu, 22 Disember 2010

.:aL-QuRaN daN EmPaT SiFaT BaGiNya:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama benar rasanya blog ini ditinggalkan, ada kawan-kawan yang bertanya "mana blog zilah?, dah padam ke?". Jawapannya" ya, kawan-kawan... Sebenarnya diriku ini rasa terpanggil untuk menukar blog ini, tujuan ku adalah untuk berfokuskan kepada al-Quran. Kebetulan dengan kursus yang ku ambil ini adalah berkaitan dengan pengajian al-Quran, memang tidak dapat lari dari pembelajarannya. Agar ilmu ini tidak pernah dilupakan, daku berhasrat untuk berkongsi bersama-sama di dalam blog ini, walaupun cuma satu patah ayat, sebagaimana hadis:

Daripada Abdullah Bin Umar berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sampaikanlah apa yang kamu dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yang demikian itu. Dan barangsiapa secara sengaja berbohong atas namaku maka hendaklah ia menyediakan dirinya masuk dalam api neraka ”. [Hadis Riwayat Bukhari At-Tirmizi]

Harapannya segala pembelajaranku ini tidak disia-siakan. Dapat dikongsi kepada semua sebelum bergelar pendidik di luar sana.

Baiklah, apa-apa yang hendak dikongsikan pada catatan ini adalah mengenai " Kebenaran aL-Quran" iaitu berdasarkan kepada ayat-ayat daripada firman Allah SWT yang menyanjung al-Quran dengan empat sifatnya.

Hal ini dapat dilihat pada surah al-Waaqi'ah (surah ke-56) , ayat 77 sehingga ayat 80 :

Terjemahannya: Ia adalah al-Quran yang agung. Yang tersimpan di dalam kitab yang cukup terpelihara. Tidak disentuh melainkan oleh mereka yang bersuci. Al-Quran diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

Berdasarkan Tafsir al-Munir, Juz 27, secara umumnya mentafsirkan: Allah SWT menyanjung al-Quran dalam ayat ini dengan empat sifat. Ia mulia kerana banyak mengandungi kebaikan, manfaat dan faedah. Ia kitab yang terpelihara di Luh Mahfuz dan terpelihara di sisi Allah SWT, terpelihara daripada kebatilan, perubahan dan pertukaran. selain itu, ia tidak disentuh kecuali oleh orang yang suci daripada dosa, iaitu golongan malaikat. Al-Quran memang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam.

Untuk tafsiran yang lebih jelas dan terperinci lagi, rujuk tafsir al-Munir, Juz 27, karangan Dr.Wahbah al-Zuhaily pada halaman 298-299...


Sebarang kekurangan harap ditegur dan dimaafkan kerna diri ini juga masih menuntut ilmu... sekian dahulu untuk kali ini (",)

0 ulasan: