THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

.:Kelebihan Mempelajari Al-Quran:.

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi

Jumaat, 24 Disember 2010

.: Makharij al-Huruf :.

Bismillahi nabda'...(ni la ayat yg slalu ustaz kami sebut,huhu)
Ermm... Hari ini rasa nak kongsikan sesuatu yang diambil daripada assignment individuku semester lepas dalam subjek Tartil al-Quran... Tajuk tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepadaku adalah "Makharij al-Huruf" atau pun biasa orang sebut makhraj huruf. Insya-Allah akanku jelaskan serba sedikit tentang tajuk ini... Semoga manfaat buat kita semua (",)

Sebelum itu mari kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan tajwid?


Tajwīd (تجويد) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok. Ia berasal daripada perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.

Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF

Pengertian Makhraj Huruf :

Makhraj ialah tempat keluar huruf.

Makhraj huruf pula bermaksud tempat tertahan atau terhentinya udara ketika sesuatu huruf itu dilafazkan bagi membezakan antara satu huruf dengan satu huruf yang lain. Huruf-huruf yang dimaksudkan itu semuanya adalah huruf-huruf hija’iyyah yang berjumlah 29 huruf. Huruf-hurufnya adalah seperti berikut, bermula dari huruf alif sehingga huruf ya’.

TEMPAT KELUAR HURUF (MAKHRAJ) GELARAN HURUF.

Tiap-tiap huruf hijaiyah mempunyai tempat keluarnya masing-masing dari bahagian-bahagian mulut tertentu. Tempat keluar huruf ini dinamakan Makhraj. Makhraj huruf ini dapat dikelompokkan seperti berikut:

1. Kelompok huruf-huruf Halqiah (Tenggorokan). Hurufnya ada enam iaitu ( ء ، ح ،ع ، ه ، غ ، خ )

2. Kelompok huruf-huruf Lahawiyah (Tekak). Hurufnya ada dua iaitu ( ق ، ك ).

3. Kelompok huruf-huruf Syajariah (Tengah Lidah). Hurufnya ada tiga iaitu ( ج ، ش ، ي )

4. Kelompok huruf-huruf Asaliyah (Hujung Lidah). Hurufnya ada tiga iaitu ( ز ،س ، ص )

5. Kelompok huruf-huruf Dzalaqiyah (Pinggir Lidah). Hurufnya ada tiga iaitu ( ر ، ل ، ن )

6. Kelompok huruf-huruf Nith'iyah (Langit-langit Mulut). Hurufnya ada tiga iaitu ( ت ، د ، ط )

7. Kelompok huruf-huruf Litsawiyah (Gusi). Hurufnya ada tiga iaitu ( ث ، ذ ، ظ )

8. Kelompok huruf-huruf Syafawiyah (Bibir). Hurufnya ada empat iaitu ( ب ، ف ، م ، و )

Cara mengenal makhraj huruf

1. Memahami posisi organ-organ mulut, bermula dari perut bibir bahagian luar terus ke bahagian dalam mulut hingga ke kerongkong paling bawah, dengan pemahaman yang baik dan benar.

2. Memahami makhraj huruf secara teori berdasarkan kaedah yang terdapat dalam Ilmu Tajwid.

3. Terdapat satu cara yang praktikal dan mudah sekali untuk kita mengenal mana-mana satu makhraj huruf yang dikehendaki , iaitu dengan menyukunkan (mematikan) huruf yang dikehendaki untuk mengenali makhrajnya, sesudah itu didahului oleh huruf hamzah bersambung ( اْ ) atau mana-mana huruf yang kita kehendaki kemudian diberi tanda bacaan baris di atas, di bawah atau di hadapan dengan perhatian di mana tempat pemutusan suara itu, maka tempat pemutusan suara ini merupakan makhraj bagi huruf yang dikehendaki untuk mengenali makhrajnya.

BAHAGIAN MAKHRAJ HURUF.

Terdapat perselisihan pendapat daripada para ulama mengenai bilangan makhraj huruf. Terdapat empat mazhab yang membicarakan permasalahan ini iaitu:

i. Mazhab pertama berpendapat makhraj huruf itu berjumlah 28 makhraj semuanya dan setiap huruf hija’iyyah itu mempunyai makhrajnya yang tersendiri.

ii. Mazhab Sibawaih pula berpendapat makhraj huruf itu berjumlah 16 makhraj yang terkandung dalam empat bahagian yang utama iaitu halkum (3 makhraj), lidah (10 makhraj), bibir (2 makhraj) dan rongga hidung (satu makhraj). Mereka menggugurkan makhraj rongga dan menjadikan huruf alif seperi huruf hamzah (halkum), waw mad (bibir) dan ya’ mad(lidah).

iii. Mazhab al-Furra’ berpendapat bahawa makhraj huruf itu berjumlah 14 makhraj yang terkandung dalam empat bahagian yang utama iaitu hlkum (3 makhraj), lidah (lapan makhraj), bibir (dua makhraj) dan rongga hidung ( satu makhraj). Mazhab ini sama seperti mazhab kedua di atas, Cuma mereka menjadikan huruf lam, nun dan ra’ dari makhraj yang sama.

iv. Menurut pendapat imam al-Khalil bin Ahmad dan kebanyakan ahli Qiraat dan ulama nahu antaranya imam Ibn al-Jazari jumlah bilangan makhraj yang utama (am) terbahagi kepada lima bahagian.

1. Bahagian rongga mulut dan kerongkong. ( الجوف )

2. Bahagian kerongkong.( الحلق )

3. Bahagian lidah.( اللسان )

4. Bahagian bibir mulut.( الشفة )

5. Bahagian rongga hidung.( الخيشوم )

Kemudian, daripada makhraj yang utama itu, dibahagikan pula kepada 17 makhraj yang masyhur ( khas). Penerangannya adalah seperti berikut :

Pertama : Dari rongga kerongkong hingga rongga mulut, keluar daripadanya huruf Mad : Alif( ا ) , Wau( و ) dan Ya’ ي ))

 ia juga digelarkan huruf lingkungan udara هوائية ) ), kerana ketiga-tiga huruf ini berakhir dengan hembusan udara daripada paru-paru melalui saluran angin rongga kerongkong hingga rongga mulut, atau digelarkan huruf lingkungan rongga( جوفية ) .

Kedua : Pangkal kerongkong, keluar daripadanya huruf hamzah ( ء )dan ha’( ه )

Ketiga : Tengah kerongkong, keluar daripadanya huruf ‘ain( ع ) dan ha’( ح ) .

Keempat : hujung kerongkong (sebelah atas dekat lingkungan anak lidah), keluar daripadanya huruf ghain(غ ) dan kha( خ ) .

 Keenam-enam huruf ini ( ء ، ه ، ع ، ح ، غ ، خ ): juga digelar huruf lingkungan kerongkong ( خلقية ) kerana huruf-huruf ini keluar daripada lingkungan kerongkong.

Kelima : Pangkal lidah, apabila pangkal lidah diangkat ke langit-langit lembut ditekankan pada anak lidah, keluar daripadanya huruf qaf( ق ) .

Keenam : Pangkal daun lidah terkeluar sedikit daripada makhraj huruf qaf( ق ) , keluar daripadanya huruf kaf.( ك )

 Kedua-dua huruf ini ( ق ، ك ) juga digelarkan huruf lingkungan anak lidah

( لهوية ) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut.

Ketujuh : Pertengahan daun lidah, apabila ia diangkat menekan pada langit-langit keras kemudian tekanan udara keluar daripadanya terjadilah tempat keluar huruf jim( ج ), syin( ش ) dan ya’( ي ) .

 Ketiga-tiga huruf ini digelarkan huruf lingkungan pertengahan daun lidah

( شجرية ) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut.

Kelapan : Sepanjang tepi lidah yang ditekankan paa geraham atas, sebelah kiri atau sebelah kanan, keluar daripadanya huruf dad( ض) , ia adalah makhraj huruf yang paling susah disebut.

 Ia juga digelarkan huruf lingkungan tepi lidah ( جنبية ) kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut.

Kesembilan : Tepi hujung lidah, apabila ia diangkat ke langit-langit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang menjadi tempat sekatan udara yang berada dalam rongga mulut keluar daripada sekatan, maka keluar daripadanya lafaz bunyi lam( ل ) .

Kesepuluh : Tepi hujung lidah , apabila ia diangkat ke langit-langit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas (berdekatan dengan makhraj lam) yang menjadi tempat sekatan udara, dan langit-langit lembut diturunkan kemudian menekan udara yang berada dalam ronggga mulut dan kaluar melalui mulut dan hidung, maka keluar daripadanya lafaz bunyi nun( ن ) yang berdengung.

Kesebelas : Tepi hujung lidah berdekatan dengan makhraj huruf nun serta melencong ke belakang tepi hujung lidah, keluar daripadanya huruf ra’( ر ) .

 Ketiga-tiga huruf ini ( ل ، ن ، ر )juga digelarkan huruf linkungan tepi hujung lidah

( ذ لقية )kerana keluarnya daripada lingkungan tersebut.

Kedua belas : Hujung lidah yang diangkat menekan pada gusi gigi gunting atas, keluar daripadanya huruf ta’( ط ), dal( د ) , dan ta( ت ) . Hanya tekanan udaranya pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau lemah, di antaranya huruf ta’( ط ) yang paling kuat, berikutnya huruf dal( نطعية ) ( د ) .

Ketiga belas : Hujung lidah yang ditekankan pada belakang gigi gunting bawah, di antara bahagian depan lidah dan langit-langit keras, keluar daripadanya huruf sad( ص ) , sin( س ) dan zay( ز ) . Cuma tekanan pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau lemah, antaranya huruf sad( ص ) yang paling kuat, berikutnya huruf zay ( ز ) .

 Ketiga-tiga huruf ini juga digelarkan huruf lingkungan hujung lidah ( أسلية ) kerana keluarnya daripada lingkungan huruf tersebut.

Keempat belas : Hujung liadah yang dikeluarkan terletak di antara hujung gigi gunting atas dan gigi gunting bawah, yang mana tekanan hujung lidah pada hujung gigi gunting atas, daripadanya keluar huruf za’( ظ ). zal( ذ ) , dan tha’( ث ). Tekanan udara pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau lemah, antaranya huruf za’( ظ ) yang paling kuat, berikutnya huruf zal ( ذ ).

 Ketiga-tiga huruf ini juga digelar sebagai huruf lingkungan gusi ( لتوية ) kerana keluarnya daripada hujung lidah dan kawasan hujung gigi gunting atas.

Kelima belas : Bibir mulut dalam sebelah bawah diangkat mengenai hujung gigi gunting atas, keluar daripadanya huruf fa’( ف ).

Keenam belas : Dua bibir mulut apabila dibulatkan muncung kehadapan secara terbuka, keluar daripadanya huruf wau ( و )dan apabila dua bibir dirapatkan secara ringan, keluar daripadanya huruf ba’( ب ) dan mim ( م ) .

 Keempat-empat huruf ini( ف ، و ، ب ، م ) digelar sebagai huruf lingkungan bibir mulut kerana ( شفوية ) keluarnya daripada lingkungan tersebut.

Ketujuh belas : Pangkal hidung, apabila tepi hujung lidah diangkat ke langit-langit keras menekan pada gusi gigi depan sebelah atas yang menjadi tempat sekatan udara, dan langit-langit lembut diturunkan, kemudian menekan udara dari paru-paru melalui rongga kerongkong, langit-langit lembut dan masuk ke hidung dan keluar , maka keluarlah daripadanya bunyi dengung (sengau) bagi huruf nun( ن ) . Apabila dua bibir mulut ditutup menjadi tempat sekatan udara dan langit-langit lembut diturunkan, kemudian menekan udara dari paru-paru melalui rongga kerongkong, langit-langit lembut dan masuk ke hidung dan keluar, maka keluarlah daripadanya bunyi dengung bagi huruf mim( م ) . Hanya huruf nun( ن ) dan mim( م ) yang bersifat dengung.

Untuk keterangan lanjut sila lihat pada Sumber Rujukan berikut:

1. Abd.Rahman Bin Abd.Ghani (2009), Metodologi Bacaan Al-quran, cet.2, Selangor,: Mashi Publication.

2. Haji Abdul Ghani Ariffin (2007), Panduan Tajwid Dan Tarannum, cet.1, Kuala Lumpur: Sarjana Media.

3. Haji Abdul Qadir Leong (2001), Tajwid Al-quran Rasm ‘Uthmani, cet.11,Kuala Lumpur: Pustaka Salam,

4. Abu Mardhiyah (2004), Tajwid Al-quran Qiraat’aasim Riwayat Hafsh Toriq Al-syatibi, cet.2, Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise.

5.Ustaz Mahadi Dahlan Al-hafiz (2006), Tajwid Ilmi Dan Amali Mengikut Kaedah Rasm Uthmani, cet.5, Kuala Lumpur, Putaka Haji Abdul Majid.

6.Muhammad Ahmad Ma’bad (1980), Al-Mulkhassu Al-Mufid Fi Ilm Al-Tajwid, Kaherah: Dar Salam.

7.Atiyyah Qabil Nasr (1994), Ghayah Al-Murid Fi Ilm Al-Tajwid, cet.4, Jeddah: Maktabah Kunuz al-Ma’rifah.

8.http://muhammadhanif.wordpress.com/2009/02/03/makhraj-huruf/

9.http://aprizal07.multiply.com/journal/item/176/Tempat_Keluar_Huruf_Makhraj_

10.http://kangmuzaini.wordpress.com/2010/05/22/makharijul-huruf/

11.http://balliqul-ilm.blogspot.com/2008/10/makhraj-huruf-al-quran.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It can also save money on gas if you don't have a grocery store close to home.. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Tote Bags[/url] After a two-year stint as a hospital worker in lieu of active National Service1, Hockney began his postgraduate studies at the Royal College of Art, London in 1959. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose outlet[/url] Eamcmbkhc
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]cheap pandora[/url] Yhzoymuzn [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose jackets[/url] cjdcjsksy

Tanpa Nama berkata...

I hope this has helped you in your search for a healthy life style. Lay down with all the hand weights and do 12 reps of chest presses by lifting the weights from your side and over your chest buy phen375 i know i didn't until an insurance company refused me coverage as a result of a blood test that established that i had elevated liver enzymes. This isn't a strict rule, but that's usually how it works. As an expert in nutrition who may have worked with thousands of clients within the years, I have examined the body weight issue from every angle http://www.phen375factsheet.com the end goal is always to become mobile as meaning calories being burned. It is going to take a mix of exercise, breathing exercises, good nutrition, and restful sleep [url=http://www.phen375factsheet.com/]phen375[/url] for many people, the prospect of reducing your weight is really a positive the one which comes with many unexpected looking challenges.